LAWATAN
KE TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI,UPM SERDANG SELANGOR.
AGRICULTURE
AND MAN
NUR AZWANI
BINTI ABDUL HAZIM
SAZLINA BINTI
LALANG
SEJARAH
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Taman Pertanian
Universiti ditubuhkan pada 1 Disember 2001 untuk menyediakan kemudahan
pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang pertanian untuk pelajar
dan staf serta masyarakat.
Taman Pertanian
Universiti bermula dengan Bahagian Ladang, Universiti Pertanian Malaysia yang
berfungsi sejak tahun 1971 untuk menyediakan latihan praktik pelajar dan
memberi perkhidmatan kepada warga kampus.
Pada tahun 1998,
Bahagian Ladang telah distrukturkan semula menjadi Taman Penyelidikan
Universiti, Universiti Putra Malaysia yang fungsinya untuk menyediakan
kemudahan penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang pertanian.
Selaras dengan hasrat Negara dan Universiti untuk memartabatkan sektor pertanian maka nama Taman Penyelidikan Universiti diubah menjadi Taman Pertanian Universiti.
Selaras dengan hasrat Negara dan Universiti untuk memartabatkan sektor pertanian maka nama Taman Penyelidikan Universiti diubah menjadi Taman Pertanian Universiti.
OBJEKTIF LAWATAN
a) Untuk
melengkapkan tugasan bagi kursus pertanian (Agriculture and Man)
b) Untuk
mengkaji haiwan ternakan yang terdapat di taman pertanian universiti putra
malaysia
c) Untuk
meningkatkan kemahiran saintifik dan keusahawanan dalam kalangan pelajar yang
mengambil kursus agriculture and man ini.
FOKUS KAWASAN LAWATAN
Kawasan yang lebih difokuskan semasa
Lawatan ke taman pertanianuniversiti putra malaysia ini ialah ladang-ladang
ternakan lembu tenusu upm da bukit eskpo.
Bahagian Ternakan terletak di Timur
kampus UPM dan di kelilingi oleh Lebuhraya Utara Selatan, SILK, ERL dan
SKVE.Berkeluasan 120 hektar atau 300 ekar meliputi Padang Ragut, Kawasan Potong
dan Angkut, Unit Ruminan Besar (Pedaging dan Tenusu), Unit Ruminan Kecil (Rusa
dan Kambing), Unit Ekuin dan Pastura, kolam takungan.Kekuatan staf di Bahagian
Ternakan ialah seramai 36 orang termassuk orang Pegawai Pertanian dan 6
Penolong Pegawai.
Bukit Ekspo UPM yang terletak berhadapan
dengan Pejabat Pengarah Taman Pertanian Universiti (TPU) merupakan tempat yang
sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga dan aktiviti korporat seperti hari
keluarga, sukaneka, pameran dan aktiviti akuatik seperti memancing serta berkayak.
Bukit Ekspo juga sesuai digunakan untuk aktiviti pusat kokurikulum dan
pembelajaran termasuk aktiviti keselamatan dalam air.
Keluasan keseluruhan kawasan Bukit Ekspo
ini kira-kira 32 hektar. Kawasan ini meliputi kawasan tapak ekspo seluas
12 hektar, kawasan bank genetik durian seluas 6 hektar, kolam ternakan ikan air
tawar di sekitar Bukit Ekspo seluas 13 hektar, trek larian sepanjang 2.5 km,
tapak perkhemahan, kemudahan rekreasi, tapak wakaf dan taman permainan
kanak-kanak serta Rock Garden berhadapan kompleks
TimeTelekom yang berkeluasan 1 hektar
Proses pemerahan
susu
Bukit ekspo

No comments:
Post a Comment